suria

Bersih 2.0: Polis Keluar Senarai Pemimpin Yang Ditangkap

KUALA LUMPUR: Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan senarai pemimpin-pemimpin pembangkang dan Bersih 2.0 yang ditahan.

Mereka ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (KL Sentral); Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Jalan Mahameru); Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub (KL Sentral); Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fauziah Salleh (KL Sentral) Naib Presiden PKR, Tian Chua (KL Sentral); Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga (KL Sentral) dan Datuk Abdul Azeez Rahim (Jalan Bukit Bintang).

Pemimpin lain yang turut ditahan ialah Datuk Mahfuz Mohammad, Khairy Jamaluddin, Ngeh Khor Ham dan Sivarasah Rasiah.

Artikel Lain