suria

Bersih 2.0: Abdul Hadi, Ambiga Dibebaskan

KUALA LUMPUR: Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan petang Sabtu selepas memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Bercakap selepas dibebaskan pada jam 6.30 petang ini, Ambiga mengucap syabas kepada rakyat Malaysia yang keluar beramai-ramai menyertai perarakan Bersih hari ini.

Beliau adalah antara tujuh orang terawal yang ditahan di IPK KL, yang telah dibebaskan, lapor Malaysiakini.

Artikel Lain