suria

Permit Bas Sementara Dibekukan Jumaat, Sabtu ini

PETALING JAYA: Permit bas sementara ke ibu kota tidak akan dikeluarkan pada Jumaat dan Sabtu ini bagi mengelakkan kesesakan trafik yang lebih teruk, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan itu melibatkan operator bas sekolah dan bas pekerja yang sebelum ini mengemukakan permohonan semasa musim puncak untuk membawa penumpang ke bandar raya.

“Ia dilihat tidak perlu kerana sekarang bukan musim cuti sekolah. Kita juga tidak menerima sebarang pertambahan permohonan," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Syed Hamid berkata, situasi ini tidak akan menjejaskan mereka yang menggunakan perkhidmatan awam lain termasuk sitem transit aliran ringan (LRT) dan komuter yang akan beroperasi seperti biasa.

“Orang ramai boleh terus ke ibu kota dengan bas ekspres dan bas persiaran," katanya.

Katanya, keputusan itu dibuat semasa menyuarat bulanan semua pengangkutan awam dan agensi penguat kuasa terlibat termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), imigresen dan polis pada Rabu untuk membincangkan pelbagai isu selain menyelaraskan tugas penguatkuasaan.

“Kami mengkaji dan mendapati dua hari berkenaan tidak diperlukan pengeluaran permit," ujarnya.

Beliau menegaskan ia sebagai langkah pencegahan bagi memastikan aliranb trafik lancar Sabtu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain