suria

Penunggang Motosikal Maut Terlanggar Tayar Jatuh Dari Lori

IPOH: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terlanggar satu tayar yang jatuh dari sebuah lori di Km 375.8 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tanjung Malim malam Rabu.

Ketua Polis Trafik Perak Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata dalam kejadian pada 8 malam tadi, Syed Ahmad Mubarak Syed Omar, 25, dari Pulau Pinang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur tayar yang terjatuh dari lori di hadapannya dan terbabas di atas jalan.

Syed Ahmad Mubarak mengalami cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Slim River.

Dalam kejadian itu, lima buah kereta turut terbabas kerana mengelak tayar itu, kata Wan Abdullah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain