suria

Dr Johari Mat Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri, Kota Baharu, Kelantan, Datuk Dr Johari Mat pada Khamis mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara di sini.

Upacara angkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan disaksikan oleh anggota-anggota Dewan berkenaan.

Johari, 59, anak kelahiran Kelantan, berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) Usuluddin dari Universiti Iman Mohd Ibn Saud Al-Islamiyyah, Riyadh, Saudi Arabia (1990-1982) dalam pengkhususan akidah dan aliran pemikiran semasa.

Berpengalaman sebagai Prof Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kelantan (2001-2003), beliau telah menjalankan beberapa penyelidikan, antaranya Kajian Ajaran Sesat di Selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor (1998) serta Kajian Ajaran Sesat di Utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang (1999).

Beliau turut mendapat pengiktirafan luar sebagai Lembaga Penasihat Jurnal Al-Basirah Universiti Malaya (1 April 2011-31 Mac 2013) dan Pengerusi Panel Penerbitan Karya Bidang Agama, Dewan Bahasa dan Pustaka (25 April 2011-Mei 2013).- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain