suria

TPM Singapura Kunjungi Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean di sini.

Perjumpaan antara kedua-dua pemimpin di Pejabat Perdana Menteri, di sini berlangsung kira-kira 40 minit.

Teo yang juga Menteri Penyelarasan untuk Keselamatan Negara dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia bermula Selasa.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata lawatan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak membincangkan isu kepentingan bersama dan memperkukuhkan lagi hubungan mesra dua negara berjiran.

Teo juga akan mengadakan perjumpaan berasingan dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menurut kenyataan itu.- BERNAMA

Artikel Lain