Perhimpunan Sabtu Ini Boleh Diadakan Di Stadium Shah Alam Dengan Bersyarat - Semasa | mStar

Perhimpunan Sabtu Ini Boleh Diadakan Di Stadium Shah Alam Dengan Bersyarat

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membenarkan perhimpunan haram Sabtu ini diadakan di Stadium Shah Alam di sini.

Bagaimanapun penganjur perhimpunan itu perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan iaitu ia diadakan dalam keadaan aman tanpa sebarang kekacauan.

"Mereka perlu berdisiplin, tertib dan terkawal, jika berlaku sebarang kerosakan mereka perlu menanggung kosnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di sini Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita yang ingin tahu sama ada pihaknya akan membenarkan perhimpuan haram itu diadakan di Stadium Shah Alam.

"Saya tidak boleh komen mengenai sama ada mereka akan meneruskan (perhimpunan haram itu) ataupun tidak, tetapi sekiranya mereka mahu menggunakan Stadium Shah Alam, saya benarkan dengan syarat tujuannya tetap sama iaitu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) melaksanakan perubahan memastikan pilihan raya diadakan secara lebih terbuka," katanya.

Beliau berkata langkah itu juga sebagai menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Sementara itu, pengerusi penganjur demonstrasi jalanan Sabtu ini, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang tadi mengumumkan bahawa pihaknya kini mengubah rancangannya untuk mengadakan perhimpunan mereka di stadium.

Ambiga berkata penganjur belum menentukan stadium mana yang akan digunakan untuk tujuan itu dan akan berbincang dengan kerajaan mengenainya.

Pada majlis itu, Abdul Khalid turut mengumumkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan membina 30,000 unit rumah mampu milik di bawah skim Perumahan Mampu Milik Selangor dengan harga tidak melebihi RM100,000 sebuah.

Skim perumahan itu yang memperuntukkan tiga bilik tidur dan dua bilik air akan ditawarkan kepada golongan tertentu termasuk golongan muda yang baru menceburi alam pekerjaan, warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal dan pasangan yang baru mendirikan rumahtangga.

"Sebagai permulaan PKNS telah memulakan projek perumahan itu di Bandar Baru Bangi membabitkan 124 unit pangsapuri di kawasan seluas 1.62 hektar pada 3 Jun lepas dengan 1,800 pembeli mendaftar," katanya.

Beliau berkata antara kawasan yang dikenalpasti bagi pembinaan rumah tersebut ialah Antara Gapi di Serendah, Kota Puteri di Ijok, Kuala Selangor dan Sains Park 2 di Sepang.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Perkasa Batal Menghadap Agong

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain