suria

Ketua Penjenayah Berada di Malaysia, Dakwa Akhbar India

NEW DELHI: Penjenayah kedua paling dikehendaki di India mungkin berada di Malaysia ketika mengarahkan pembunuh upahan membunuh wartawan kanan Mumbai yang menulis mengenai aktiviti jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh ketua penjenayah itu.

Chhota Rajan, didakwa bersembunyi di Malaysia, dipercayai menghubungi konco-konconya untuk membunuh editor meja jenayah Jyotirmoy Dey dari tabloid MidDay pada 11 Jun lepas.

Rajan, penjenayah kedua paling dikehendaki selepas pengganas Dawood Ibrahim — telah hidup dalam buangan selama beberapa dekad dan mungkin telah menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya apabila mengarahkan pembunuhan itu, yang menyebabkan dua orang penerbit rakyat India terkorban.

"Pegawai kanan (polis) mengaku mereka tahu Rajan kini berada di Malaysia, dan mereka mesti tahu, jika mereka mengesan perbualan antara Rajan dan (Satish) Kalya (suspek yang menembak wartawan),” lapor majalah India Today, dalam edisi terbarunya. - BERNAMA

Artikel Lain