suria

Amuk: Operator Kilang Maut Ditembak Penganalisis Jenayah

SHAH ALAM: Seorang operator kilang maut selepas ditembak seorang penganalisis jenayah yang cuba mempertahankan dirinya dalam kejadian amuk di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini malam Selasa.

Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob berkata, kejadian berlaku 9.53 malam di Blok E, Flat Valencia ketika lelaki berusia 42 tahun itu yang bersenjatakan parang menyerang penganalisis tersebut.

Terdahulu lelaki itu mengejar empat yang lain termasuk tiga anggota polis di tingkat dua flat dan seorang daripada mereka terlanggar penganalisis tersebut mengakibatkan beliau terjatuh.

Lelaki yang mengamuk itu kemudian melibaskan parangnya ke arah penganalisis berkenaan sebelum beliau mengeluarkan sepucuk pistol HK P30 dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki terbabit, katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Bagaimanapun lelaki itu terus mengamuk dan menetak lutut kanan penganalisis berusia 42 tahun tersebut menyebabkan beliau melepaskan tembakan yang merebahkan lelaki berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain