suria

Star Publications Beli Kepentingan Dalam Catcha Media RM4.97 Juta

KUALA LUMPUR: Star Publications (Malaysia) Bhd bercadang mengambilalih 4.99 peratus kepentingan dalam Catcha Media Bhd dengan nilai tunai RM4.97 juta.

Pengambilalihan ini adalah bersempena dengan eksesais Tawaran Awam Permulaan, yang akan dibiayai sepenuhnya oleh dana dalaman kumpulan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia Isnin, kumpulan itu berkata cadangan pengambilalihan itu dijangka menambah nilai kepada portfolio aset media pertumbuhan tinggi semasa Star.

"Catcha Media ialah peneraju serantau dalam media dalam talian dan jualan pengiklanan dan memandangkan Star menjangkakan perbelanjaan pengiklanan internet akan meningkat secara luar biasanya dalam beberapa tahun akan datang, pelaburan ini akan membolehkan Star mengukuhkan daya saingnya dalam sektor ini, tambahnya. - BERNAMA

Artikel Lain