Platun Seni Askar Wataniah Berpeluang Ikuti Rombongan Ke Lubnan - Semasa | mStar

Platun Seni Askar Wataniah Berpeluang Ikuti Rombongan Ke Lubnan

KUALA LUMPUR: Platun Seni Askar Wataniah yang dianggotai artis-artis tempatan berpeluang mengikuti rombongan ke Lubnan pada akhir bulan depan untuk memberi semangat kepada pasukan pengaman di negara itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tawaran seperti ini merupakan permulaan yang baik kepada platun-platun seni itu yang dapat menarik minat bukan sahaja anak seni yang lain tetapi kaum India dan Cina menyertai Askar Wataniah.

"Saya akan bawa sebahagian daripada mereka berbuka puasa dengan keluarga, pegawai dan anggota di Lubnan nanti. Saya juga akan bersama-sama mereka dalam bulan puasa ini untuk pergi ke kem tentera darat, laut dan udara untuk promosikan rejimen mereka kepada ketiga-tiga pasukan keselamatan angkatan tentera ini," katanya selepas merasmikan latihan ketenteraan Askar Wataniah (Platun Seni) di Rejimen 515 di sini Isnin.

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud.

Seramai 22 artis tempatan termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza terlibat dalam sesi latihan pertama itu Isnin.

Ahmad Zahid dalam pada itu menghargai usaha platun media Askar Wataniah itu, terutamanya Siti Nurhaliza dan penyanyi Ana Raffali yang telah mempromosikan Askar Wataniah ini di sekolah-sekolah lama mereka dengan mengenakan uniform Askar Wataniah untuk acara perbarisan pasukan kadet sekolah.

Beliau berkata sambutan yang diterima daripada artis-artis tempatan untuk menyertai Askar Wataniah juga amat menggalakkan apabila sehingga kini terdapat 300 orang yang sedang menunggu giliran untuk menyertai platun seni itu.

"Saya juga berbangga apabila suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Pengarah filem terkenal Datuk Yusof Haslam akan menyertai Askar Wataniah Kehormat," katanya.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain