suria

Pesta Bunga Api Di Putrajaya

Dr Ng Yen Yen menunjukkan reka bentuk pesta flora yang akan diadakan tidak lama lagi
 Dr Ng Yen Yen menunjukkan reka bentuk pesta flora yang akan diadakan tidak lama lagi
Dr Ng Yen Yen menunjukkan reka bentuk pesta flora yang akan diadakan tidak lama lagi

KUALA LUMPUR: Langit sekitar Putrajaya bakal dihiasi dengan percikan bunga api selama sembilan hari bermula Sabtu ini.

Pesta bunga api tersebut merupakan sebahagian daripada Malam Pesta Flora Pelancongan Antrabangsa 2011.

Sebanyak 50 bot berhias akan belayar sejauh tiga kilometer sekitar Tasik Putrajaya.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata kementeriannya akan menganjurkan program tersebut dengan tema ‘Magis di Malam Hari’ dan kira-kira 700,000 pelancong dijangka hadir pada pesta tersebut.

Pesta tersebut akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam, dari 9 hingga 17 Julai ini.

“Acara ini bakal melengkapkan Pesta Flora di Putrajaya yang akan diadakan pada siang hari.

“Kita akan menampilkan kereta berhias yang ditaja oleh syarikat dan negara luar seperti Brunei dan Kemboja,” katanya pada sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia di sini, Isnin.

Dr Ng turut menggesa orang ramai tidak menyertai perhimpunan haram yang dijadual berlangsung pada hari yang sama.

“Bawa tikar dan keluarga, nikmatilah keindahan waktu malam dengan berkelah di tasik Putrajaya dengan dihiasi panaroma yang cantik,” katanya.

Artikel Lain