suria

Stor Butik Pengantin Terbakar Di PJ

KUALA LUMPUR: Sebuah butik pakaian pengantin di Jalan SS2/72, Petaling Jaya hampir musnah apabila stor menyimpan barang di tingkat bawah premis itu terbakar pada Ahad.

Ketua Operasi dari Balai Polis dan Penyelamat Damansara Utama Hapip Alias berkata kebakaran di rumah kedai dua tingkat itu berlaku kira-kira 8 pagi ini.

"Api di stor bawah tanah itu dapat dipadamkan daripada merebak ke tingkat atas kira-kira setengah jam selepas bomba tiba pada 8.20 pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata dua jentera dari Balai Bomba Damansara Utama dan Petaling Jaya dengan 16 anggota digegaskan ke tempat kejadian.

Hapip berkata siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada percikan api daripada wayar elektrik setelah alat pendingin hawa jatuh dalam stor itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain