suria

Bersih 2.0 Bukan Pertubuhan Berdaftar - ROS

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada Sabtu mengesahkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 bukan satu pertubuhan berdaftar.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman dalam kenyataan di sini berkata hasil siasatan KDN mendapati Bersih 2.0 hanya memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.

Kenyataan iu menggariskan tiga aktiviti Bersih 2.0:

i) Bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini;

ii) Menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu;

iii) Melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.

Justeru itu, Abdul Rahman berkata Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa semalam.

Bersih 2.0 merancang perhimpunan haram di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain