21 Pelajar Disengat Tebuan Ketika Larian 1Murid 1Sukan - Semasa | mStar

21 Pelajar Disengat Tebuan Ketika Larian 1Murid 1Sukan

KOTA BAHARU: Seramai 21 murid dan pelajar dari dua sekolah di Bachok dimasukkan ke hospital selepas mereka disengat tebuan ketika menyertai Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia pagi Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Zaid Ahmad berkata kesemua pelajar itu terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badak, yang diserang sejenis tebuan tanah dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu.

"Lapan pelajar perempuan adalah dari SMK Badak dan bakinya dari SK Badak yang dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. Tiada yang cedera serius," katanya kepada Bernama di Wad 5 HRPZII di sini.

Zaid berkata mereka yang terlibat merupakan murid Tahun Empat dan Tahun Lima serta pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Menurutnya kesemua pelajar itu akan dibenar pulang secara berperingkat petang ini.

Sementara itu, murid Tahun Empat SK Badak Mohd Farid Firdaus berkata beliau menerima tujuh sengatan tebuan tanah itu ketika berlari beramai-ramai di satu kawasan semak di satu laluan berdekatan sekolah.

Beliau berkata mereka kemudian dihantar ke Hospital Bachok sebelum dihantar ke HRPZII di sini.

Rakannya Nur Syafiqah Azmi, 10, berkata beliau hampir pengsan dan menjerit kesakitan ketika serangan tebuan itu berlaku.

"Saya kena tiga sengatan di badan dan cikgu hantar ke hospital," katanya.

Pelajar SMK Badak, Aishah Mansor, 13, berkata ketika larian dia tiba-tiba melihat tebuan itu menyengat rakan-rakannya termasuk beliau. "Semua pelajar menjerit dan kami semua kembali ke sekolah sebelum dihantar ke hospital," katanya yang terkena empat sengatan tebuan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Umno Kelantan Letak Calon Mampu Menang

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain