suria

Tuanku Mizan Raikan Ahli Kelab SS78

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada Sabtu berkenan meraikan sahabat Kelab Sekolah Sultan Sulaiman 1978 (SS78) dalam satu majlis minum petang di Istana Melawati di sini.

Majlis itu dihadiri kira-kira 400 tetamu termasuk bekas pelajar sekolah berkenaan pada tahun 1978 serta tenaga pengajar.

Sebaik ketibaan baginda, lagu sekolah iaitu 'Usaha Tekun Jaya' didendangkan.

Baginda juga turut berkenan menyampaikan cenderahati kepada para penderma kelab selain meluangkan masa beramah mesra dengan bekas pelajar. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain