suria

Parti Kita Lancar Manifesto Hadapi PRU Ke-13

PETALING JAYA: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) melancarkan manifesto parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Manifesto yang menggariskan sepuluh teras utama itu antara lain turut menegaskan kesungguhan Parti Kita untuk melahirkan kepimpinan yang bertanggungjawab, telus dan menjamin pentadbiran efektif dan keadilan untuk semua.

Ia turut menuntut agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji untuk melindungi rahsia negara dan bukannya digunakan untuk menutupi salah laku pengawai kerajaan dan pemimpin politik.

"Kerajaan perlu mematuhi standard kebertanggungjawaban seperti kerajaan demokratik lain di mana ketelusan menjadi teras utama," kata Presidennya Datuk Zaid Ibrahim dalam ucapan pelancaran manifesto parti itu di sini Khamis.

Zaid berkata, parti itu turut memperjuangkan gaji minimum sebanyak RM1,200 bermula dengan kenaikan gaji di kalangan pekerja sektor perladangan.

Katanya, parti itu turut ditubuhkan kerana ahlinya mencintai negara.

Parti Kita juga menuntut negara yang aman, progresif dan selamat untuk semua, tambahnya.

"Kami berjuang dalam politik kerana merasakan bahawa rakyat berhak mendapat kehidupan lebih baik. Ramai di antara kita hanya mahu mengkritik parti lain atau menguasai segalanya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain