suria

Kabinet Tak Benarkan Astro Naik Tarif Perkhidmatan Sehingga Dapat Kebenaran SKMM

KUALA LUMPUR: Kabinet pada Jumaat membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar Astro menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata isu tarif itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet hari ini dan Kabinet berpendapat Astro tidak sewajarnya menaikkan apa pun tarif berkaitan perkhidmatan mereka pada waktu ini.

"Saya telah bersetuju untuk SKMM tidak membenarkan kenaikan sebarang tarif Astro kecuali ianya telah diluluskan oleh SKMM, dan mengikut kadar yang berpatutan, serta mengikut lunas undang-undang,' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Angkasapuri di sini. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain