suria

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Didakwa Terima Rasuah

KUALA LUMPUR: Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM)Datuk Mohamad Daud Dol Moin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat atas dua tuduhan rasuah berjumlah RM100,000 bagi membantu seorang ahli perniagaan mendapatkan kontrak projek pencetakan wang polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited, tujuh tahun lalu.

Datuk Mohamad Daud Dol Moin, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin. Dia didakwa melakukan dua kesalahan itu di Restoran Dome beralamat G7 Ground floor Bangsar Shopping Center,di sini masing-masing pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM100,000.

Tarikh sebutan ditetapkan pada 2 Ogos depan.

Sementara itu, ahli perniagaan berkenaan dijangka akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada Jumaat.

Kontrak tersebut adalah untuk mencetak wang kertas RM5 oleh Note Printing Australia Limited untuk BNM bernilai RM95 juta.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain