suria

Tujuh Ditahan, Kemeja T, Risalah Perhimpunan 9 Julai Dirampas

PETALING JAYA: Polis menahan lima wanita dan dua lelaki di sebuah rumah di Seksyen 4 di sini, Rabu berhubung rancangan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai di Kuala Lumpur, kata Ketua Polis Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata mereka ditahan dalam serbuan pada 12 tengah hari dengan polis turut merampas 549 kemeja-t tertera perkataan "Bersih", 473 lilitan kepala, 5,154 keping risalah mengenai "Bersih" dan empat buah komputer.

Selepas siasatan, mereka dibebaskan pada 11 malam semalam dengan jaminan polis, katanya pada sidang berita di sini.

Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana cuba menganjurkan perhimpunan haram. -BERNAMA

Artikel Lain