suria

Polis Ipoh Tahan 2 Wakil Rakyat PKR Sedang Kempen Untuk Bersih 2.0

IPOH: Polis telah menahan empat orang termasuk ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai, Chan Ming Kai, kerana berkempen meminta orang ramai menghadiri perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, kedua-dua wakil rakyat PKR itu dan dua lagi penyokong parti berkenaan ditangkap di Pasar Gunung Rapat pada jam 9.15 pagi Khamis.

Azisman menambah, keempat-empat mereka juga didapati memakai baju kuning yang tertera perkataan “Bersih”.

“Memakai baju itu sahaja adalah bukti mereka cuba berkempen untuk memujuk orang awam menyertai perhimpunan haram itu,” ujarnya.

Malah Chan didapati berdiri di atas sebuah meja di dalam pasar itu dan menyampaikan ucapan mengenai Bersih sebelum pihak polis menahannya.

Sementara itu di hadapan balai polis berkenaan, ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh, V. Sivakumar mendesak pihak polis segera membebaskan keempat-empat yang ditahan itu.

Artikel Lain