suria

Jalan Masuk Ke LRT Bandar Tasik Selatan Akan Ditutup Mulai Sabtu

KUALA LUMPUR: Jalan masuk ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan di Cheras akan ditutup sepenuhnya selama 10 bulan mulai Sabtu ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan tempat letak kereta bertingkat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut kenyataan Syarikat Prasarana Negara Berhad, berikutan itu perkhidmatan bas RapidKL laluan T405, T408 dan T424 akan dipindahkan ke hentian bas berhadapan Terminal Bersepadu Selatan berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Pengguna dinasihati menaiki ketiga-tiga perkhidmatan bas tersebut di lokasi baru itu mulai 2 Julai ini.

Bagi pengguna yang biasa meletak kereta di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan pula mereka mempunyai pilihan untuk meletak kereta di Stesen LRT Sg Besi, Bukit Jalil, Bandar Tun Razak dan Terminal Bersepadu Selatan.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Helpline: 03-7885 2585, 7.00 pagi hingga 8.30 malam (Isnin - Jumaat), 8.30 pagi hingga 5.30 petang (Sabtu dan Ahad) atau layari laman web: www.myrapid.com.my -BERNAMA

Artikel Lain