ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat telah selesai menjalankan siasatan ke atas insiden 19 pelatih wanitanya yang dicukur botak ketika sedang menjalani latihan di akademi jabatan tersebut di Marang bulan lepas.Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, laporan itu telah dikemukakan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung. “Kami telah memulakan siasatan dalaman sebaik sahaja insiden itu berlaku bulan lepas. Kita kini menyerahkan kepada pihak kementerian untuk membuat keputusan serta tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan peralatan memadam api kepada unit sukarelawan bomba oleh ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir di Jerlun dekat sini, Khamis.Pihak media telah melaporkan 19 pelatih wanit di akademi jabatan itu telah dicukur botak sepertimana rekrut lelaki sebaik sahaja mendaftar diri sebagai pelatih.Salah seorang daripada mereka, Hizyaty Othman, 28, dari sini telah bertindak keluar dari latihan tersebut setelah kejadian itu berlaku.Chor sebelum ini telah dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk bertemu dengan keluarga Hizyaty untuk berbincang mengenai insiden itu.