suria

Bersih: Dua ADUN Perak Antara 14 Yang Ditahan

SUNGAI SIPUT: Seramai 14 orang termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat ditahan, Rabu selepas didapati mempromosikan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 pada 9 Julai ini selain mendesak pembebasan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr S. Jeyakumar.

ADUN yang ditangkap ialah Chang Lih Kang (Teja) dan Leong Mee Meng (Jalong).

Daripada 14 orang itu 12 merupakan ahli DAP manakala selebihnya ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Lapan daripada mereka didapati memakai kemeja-T Bersih manakala enam lagi memakai kemeja-T Ubah .

Mereka yang ditahan itu antara 50 orang yang mengedarkan Jalur Gemilang dan risalah DAP, Rocket pada pukul 8.30 pagi di pasar di sini.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 25 Akta Polis dan Seksyen 511 Kanun Jenayah.

Artikel Lain