suria

Polis Ambil Keterangan Daripada Anwar Berhubung Perhimpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diambil kenyataannya berhubung perhimpunan Bersih 2.0 di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada jam 4.40 petang Selasa.

Anwar disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 25(1) Akta Polis kerana terlibat dalam beberapa siri ceramah yang ada kaitan dengan perhimpunan haram yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini.

Kehadiran Anwar di Ibu PeJabat Polis Daerah Dang Wangi itu diiringi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya percaya polis dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka secara profesional untuk mengawal ketenteraman awam tanpa ada campur tangan daripada pihak ketiga,” katanya selepas diambil keterangan selama lebih sejam.

Sebelum itu, pada jam 2.30 petang, ahli parlimen PKR, R Sivarasah dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar serta N Surendran kelihatan memasuki pekarangan ibu pejabat polis yang sama untuk memberikan kenyataan mereka.

Artikel Lain