suria

A. Samad Said: Kenyataan Diambil Kerana Baca Sajak Di Majlis Anjuran Bersih

KUALA LUMPUR: Sasaterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, beliau telah dipanggil oleh polis untuk diambil keterangan kerana membaca sajak dalam satu program ceramah yang dianjurkan oleh penganjur Perhimpunan Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.

Samad telah memberikan kenyataannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada Isnin.

Samad yang ditemui oleh para pemberita selepas itu berpendapat, Perhimpunan Bersih tidak berminat untuk mewujudkan suasana tidak aman sebaliknya hanya ingin melihat proses pilihan raya yang lebih baik dan oleh yang demikian, usaha tersebut wajar disokong.

Kata Samad, ada yang sanggup berkorban untuk melihat hak orang lain terbela dan pengorbanan ini tidak harus dilihat sebaliknya.

“Saya tidak melihat Bersih sebagai satu perhimpunan yang melagakan sesama orang Melayu atau satu pentas melagakan orang Melayu dengan bukan Melayu tetapi sebagai satu perhimpunan untuk kebaikan masyarakat Malaysia,” katanya kepada para pemberita selepas kenyataannya direkodkan oleh pihak polis selama lebih kurang setengah jam.

Artikel Lain