suria

Umno Kedah Gugurkan Jasmi, Yusmawati Ekoran Dakwaan Khalwat

ALOR SETAR: Setiausaha Bahagian Jerlun, Jasmi Mohd Ismail dan Ketua Puteri Umno bahagian itu, Yusmawati Yaacob digugurkan daripada jawatan masing-masing ekoran dakwaan khalwat yang dihadapi oleh mereka di mahkamah syariah minggu lalu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah berkata surat berkaitan pengguguran jawatan itu telah dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Ummo, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Jun lalu.

"Kedua-dua mereka telah menerima surat berkenaan.Ini merupakan kes yang pertama yang melibatkan pemimpin Umno di Kedah," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Justeru, Ahmad Bashah berkata, Naib Ketua Puteri Jerlun, Siti Hajar Ahmad Hayazi akan memangku jawatan Ketua Puteri sehingga pemilihan parti diadakan kelak.

Berhubung pengganti Jasmi pula ia akan diputuskan oleh Ketua Umno bahagian Jerlun, Datuk Abu Hasan Sharif.

Isnin lepas, Jasmi dan Yusmawati mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah bulan lalu.

ereka yang bukan mahram ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina di sini pada pukul 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Jasmi dan Yusmawati didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Artikel Berikut

Artikel Lain