suria

Kesaksamaan Gender Dan Kesihatan Wanita Tidak Boleh Dipisahkan - Heng Seai Kee

KUALA LUMPUR: Kesaksamaan gender dan kesihatan wanita tidak boleh dipisahkan kerana dua aspek ini membolehkan orang ramai memahami dengan mendalam berkaitan kehidupan dan kesihatan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie berkata pengenalan berdasarkan gender telah memperbaiki taraf kesihatan wanita di banyak negara.

Tetapi wanita tidak dapat mencapai kesaksamaan gender dan kesihatan dalam kehidupan tanpa kerjasama dan penyertaan lelaki, katanya pada ceramah mengenai Kesaksamaan Gender dan Kehidupan serta Kesihatan Wanita di sini Isnin.

"Lelaki sebagai ketua komuniti, ketua keluarga, ketua pertubuhan dan sebagai pemimpin politik sering mempunyai kuasa besar yang banyak mengatasi aspek kehidupan wanita.

Jelas bahawa peranan lelaki adalah penting dalam mencapai kesaksamaan gender," tambah beliau.

Heng berkata pendidikan juga memainkan peranaan penting dalam berkongsi dan menyebarkan aspek kesihatan dan ancamannya terhadap wanita. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain