suria

Bersih 2.0: Ibrahim Ali Hadir Beri Keterangan

PETALING JAYA: Presiden Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali pada Isnin hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi keterangan berhubung penglibatan parti itu pada perhimpunan haram yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini.

Beliau tiba di IPD Dang Wangi pada pukul 11.50 pagi tadi untuk memberi keterangan.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa tiga kumpulan yang merancang perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mereka akan dipanggil kerana mengadakan aktiviti mereka tanpa permit daripada pihak polis.

Kumpulan terbabit ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pemuda Umno dan Perkasa.

Artikel Berikut

Artikel Lain