suria

Pindaan Akta Untuk Penguatkuasaan Lebih Terperinci Terhadap Sijil Halal

YAN: Pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 bila diluluskan tidak lama lagi akan memudahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri melakukan penguatkuasaan lebih terperinci terhadap status sijil halal di setiap premis perniagaan di negara ini.

Menyatakan demikian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata "Sekiranya pindaan yang kita buat nanti agak besar dan luas ia akan memudahkan pihak kita membuat penguatkuasaan kepada pihak yang (dakwa) dapat sijil tetapi sijil palsu.

"Ada pihak dakwa ada sijil tetapi tamat tempoh, dan ada pula yang ambil sijil dari luar tetapi tidak diiktiraf oleh Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Guru Takmir Negeri Kedah di Sekolah Menengah Agama Yan di sini hari ini.

Beliau berkata ada segelintir pihak memberi alasan punya makmal dan sebagainya untuk mempastikan status halal produk, namun makmal itu sambil lewa saja dan hanya berdasarkan kepada penipuan.

Jamil Khir berkata kini hampir 95 peratus pihak hotel yang bertaraf tiga hingga lima bintang sudah mula memohon dan mendapatkan sijil halal.

Mereka sedar akan kepentingan sijil itu kerana ia mampu menarik pelanggan ke hotel mereka, kata beliau. -BERNAMA

Artikel Lain