suria

Pemuda Ke Tali Gantung Bunuh Pengusaha Ikan Dalam Sangkar

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda berumur 24 tahun hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh pengusaha ikan dalam sangkar empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Rahim Uda membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas Mohd Faizal Juhari.

Mohd Faizal yang berasal dari Kampung Gong Beris, Pulau Kerengga, Marang dituduh membunuh Tan Hai Peng, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Beris, Marang pada 30 Nov 2007, antara pukul 1.30 pagi hingga 1.53 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahim antara lain berkata keterangan tertuduh ketika membela diri yang tidak mengingati kejadian bunuh itu diragui memandangkan tertuduh mengingati apa yang berlaku sebelum dan selepas mangsa dibunuh. -BERNAMA

Artikel Lain