suria

Lagi Laporan Polis Terhadap Penganjur Bersih 2.0

KUALA LUMPUR: Lagi laporan polis dibuat bagi mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap penganjur yang masih berdegil untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini sungguhpun tanpa permit polis.

Ketua Penerangan Gerakan Belia 4B, Azizan Othman membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya di sini, Sabtu.

"Kami berharap agar pihak berkuasa dapat mengenakan tindakan yang keras terhadap penganjur perhimpunan haram itu bagi membendungnya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Sungai Kantan, Hulu Langat Mejar (B) Harun Hashim turut membuat laporan polis meminta KDN mengambil tindakan tegas.

"Kalau nak buat pun buatlah di dalam stadium, tak payah buat secara terbuka sehingga menimbulkan kekecohan seperti sebelum ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain