suria

Aiseri Alias Bersara; Dr Zainuddin SUK Kelantan Baru

KOTA BARU: Selepas lebih 25 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam termasuk enam tahun sebagai setiausaha kerajaan negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias pada Khamis menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada penganti beliau, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim.

Bagaimanapun itu tidak akan menghalangnya untuk terus berbakti kepada negeri Kelantan sekiranya perlu.

Dalam majlis ringkas penyerahan tugas yang berlangsung di Kota Darul Naim di sini, Mohd Aiseri, dalam ucapannya berkata, beliau sentiasa sedia membantu setiausaha kerajaan negeri yang baru sekiranya diminta buah fikiran dan pandangan.

"Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Dr Zainuddin dan berharap beliau akan dapat melakukan yang lebih baik daripada saya dalam memajukan negeri ini," katanya.

Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri yang lain kemudiannya menyaksikan upacara penyerahan tugas antara Mohd Aiseri dan Dr Zainuddin.

Dr Zainuddin, 58, sebelum ini merupakan timbalan setiausaha kerajaan negeri (pembangunan).

Dalam ucapannya, Dr Zainuddin yang memegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam pembangunan alam sekitar dan ijazah sarjana dalam perancangan bandar dan wilayah mengucapkan terima kasih kepada Sultan Muhammad V dan Nik Aziz kerana berkenan menerima pelantikannya sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Artikel Lain