suria

Unesco Nilai Semula Langkawi Geopark Untuk Disambung Sehingga 2015

LANGKAWI: Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) akan menilai semula Langkawi Geopark pada Julai ini untuk status berkenaan disambung sehingga 2015.

Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Ramizi Hasan berkata Langkawi Geopark diisytiharkan Unesco "Global Geopark Network" sebagai Geopark pada 1 Jun 2007.

"Kita sudah bersiap sedia untuk dinilai oleh pegawai-pegawai Unesco, tarikhnya belum ditetapkan," katanya kepada Bernama di sini.

Ramizi berkata beberapa aspek akan dinilai seperti sosio ekonomi, pelancongan dan pemeliharaan keindahan.

Katanya banyak kejayaan telah dicapai sejak pengisytiharan Langkawi Geopark termasuk peningkatan kemasukan pelancong ke Langkawi.

Lada turut mengadakan karnival ulang tahun Langkawi Geopark dengan 20 acara baru-baru ini.

Artikel Lain