suria

Polisi Biasiswa JPA Dikaji Semula Secara Menyeluruh Pada 2012 - Najib

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula polisi biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam secara menyeluruh pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian semula itu termasuk sama ada menawarkan biasiswa kepada pelajar cemerlang di peringkat kemasukan ke universiti atau menyediakan dermasiswa kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) supaya mereka mengikuti kursus pra-universiti seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau A-Level.

"Kami akan mengusahakan satu polisi baru pada tahun depan," katanya ditemubual di Radio One FM di Seri Pentas di sini pagi Khamis.

Anaknya, Nor Ashman turut hadir dalam rancangan itu.

Selain itu, Najib memberitahu, sebahagian tanah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dekat sini akan dibangunkan dengan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).

Katanya kerajaan telah berbincang dengan beberapa syarikat seperti SP Setia, Sime Darby dan Putrajaya Corp untuk membangunkan PRIMA yang berkonsepkan sosial bisnes.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pangkalan TUDM di Sungai Besi akan dipindahkankan ke Sendayan, Negeri Sembilan.

Artikel Lain