suria

Pemandu Lori Didakwa Cabul Budak Lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, atas tuduhan mencabul seorang budak lelaki berusia 11 tahun sembilan bulan, tiga minggu lalu.

Pengakuan Teng Jia Sheng, 33, direkodkan di hadapan Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir.

Dia didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa pada antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang, 6 Jun lalu di sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Siew Ping.

Abdullah Siddiq membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan agar tertuduh tidak menghampiri mangsa.

Beliau menetapkan sebutan semula kes pada 25 Julai ini.

Artikel Lain