suria

Menteri Arah Polis Siasat SMS Ugut Bunuh Pengerusi Bersih

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarah melakukan siasatan terperinci penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur ugutan bunuh terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pada lewat malam Rabu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, pihaknya memandang serius mengenai perkara tersebut.

"Kami memandang serius perkara ini. Saya akan pergi ke Bukit Aman selepas ini dan mengarahkan PDRM untuk menyiasat dalang di sebalik penyebar SMS itu. Saya sendiri turut menerimanya," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Rabu.

SMS ugutan bunuh ke atas Ambiga itu kononnya diedarkan sebagai membantah tindakan beliau dan juga pemimpin Pakatan Rakyat untuk meneruskan perhimpunan bagi menuntut pilihan raya yang adil dan telus.

Artikel Lain