suria

Kerajaan Akan Liberalisasikan Lebih Banyak Subsektor - Mukhriz

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini sedang mengkaji untuk meliberalisasikan lagi subsektor perkhidmatan bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI), kata Timbalabn Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industr Datuk Mukhriz Mahathir.

"Belum ada pengumuman yang telah dikeluarkan. Kami masih mengkaji perkara itu," katanya kepada Bernama di luar Forum CEO 2011 di sini Khamis.

Satu laporan baru-baru ini menyatakan sektor perkhidmatan menyaksikan RM36.74 bilion di segi pelaburan yang diluluskan pada tahun lepas, di mana pelaburan asing berjumlah RM3.95 bilion.

Sambil mengiktiraf sektor perkhidmatan sebagai engin utama pertumbuhan di negara ini, kerajaan telah meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan dan menghapuskan garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing pada 2009.

Pada Ogos 2010, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industr Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan akan melibaralisasikan 80 subsektor di bawah pakej kelapan, yang berkuat kuasa pada Januari 2011. - BERNAMA

Artikel Lain