suria

Gempa Kuat Gegar Honshu, Jepun

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi bermagnitud 6.7 pada skala Richter melanda Honshu, Jepun pukul 5.50 pagi Khamis.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi gempa bumi itu dikesan di pantai timur Honshu, 357 km tenggara Sapporo, 4,457 km timur laut Kudat Sabah.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Artikel Lain