suria

Yayasan 1Malaysia Ingatkan Wujud Laman Web Guna Nama Hampir Sama

PETALING JAYA: Yayasan 1Malaysia pada Rabu meminta orang ramai tidak terpedaya dengan sebuah laman web yang menggunakan nama Yayasan Malaysia - tanpa nombor '1'.

Menurut kenyataan Yayasan 1Malaysia yang merupakan syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, laman web Yayasan Malaysia itu mengelirukan pengunjung dengan meminta bayaran sebanyak RM10 daripada setiap individu yang mahu mendapatkan pekerjaan dengannya.

Yayasan 1Malaysia menegaskan bahawa syarikat itu tidak menawarkan sebarang jawatan kosong dan tidak mempraktikkan amalan mengenakan sebarang caj untuk mengambil pekerja.

Sehubungan itu, syarikat berkenaan telah membuat laporan berhubung perkara tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Laporan dibuat selepas yayasan itu menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang membuat aduan tentang kewujudan laman web itu dan meminta orang ramai berhati-hati dalam perkara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain