suria

Tiga Kumpulan Penganjur Perhimpunan Ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Tiga kumpulan yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini Rabu.

Kumpulan terbabit ialah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pergerakan Pemuda Umno dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, wakil kumpulan berkenaan dipanggil kerana mereka mahu mengadakan aktiviti mereka tanpa permit polis.

"Walaupun pihak polis mengatakan permit tidak akan dikeluarkan tetapi kenyataan Perkasa, Pemuda Umno dan Bersih membayangkan mereka mahu meneruskan juga dengan perhimpunan masing-masing," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain