suria

Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Pegawai SPRM

PETALING JAYA: Polis masih menyiasat motif serangan terhadap seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dicederakan dengan parang di hadapan rumahnya di Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, pagi Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ketiga-tiga motosikal yang dinaiki enam lelaki yang datang menyerang pegawai itu tidak langsung mempunyai nombor plat.

"Nak kata samun, tiada pula barang yang disamun," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada lima anggota polis yang berjaya memberkas suspek kes samun.

Dalam kejadian pada 6.30 pagi semalam, Moses anak Lawrence, 36, yang bertugas di bahagian Siasatan Forensik SPRM di Putrajaya, cedera di tangan setelah diserang dengan parang ketika baru keluar dari rumahnya bersama isterinya untuk menghantar anak mereka ke sekolah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain