suria

Perhimpunan Bersih 2.0: Polis Selangor Terima 53 Laporan - Tun Hisan

PETALING JAYA: Banyak pihak membantah perhimpunan haram 9 Julai ini dan Polis Selangor telah menerima 53 laporan polis dari seluruh negeri yang membantah perhimpunan itu setakat ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata laporan-laporan tersebut diterima daripada semua golongan termasuk orang perseorangan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemandu teksi yang menyatakan tidak puas hati dengan perhimpunan haram itu.

"Kita terima semua laporan sejak awal bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penghargaan kepada lima anggota polis yang berjaya memberkas suspek kes samun, di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, Rabu.

Beliau juga mengingatkan masyarakat terutama di Selangor supaya tidak menyertai perhimpunan yang tidak mempunyai permit itu.

"Saya nasihatkan rakyat Selangor atau mereka yang hendak melalui Selangor untuk ke Kuala Lumpur supaya jangan pergi ke KL (Kuala Lumpur) pada hari berkenaan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain