suria

Najib Rasmi Kedai Rakyat 1Malaysia Di Stesen LRT Kelana Jaya, Rabu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan 'Kedai Rakyat' 1Malaysia pertama di stesen LRT Kelana Jaya, Rabu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadiri majlis perasmian itu, yang mendapat sokongan Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

Eksekutif penting Mydin, Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) juga akan menghadiri majlis itu pada 4.30 petang, kata Prasarana dalam satu kenyataan Selasa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain