Dewan Rakyat Putuskan Status Tian Chua Minggu Depan - Semasa | mStar

Dewan Rakyat Putuskan Status Tian Chua Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung status Ahli Parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat akan diketahui minggu hadapan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Tian Chua kerana mencederakan seorang anggota polis pada 2007.

Beliau membalas kenyataan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mengemukakan surat menuntut penjelasan berhubung status Tian Chua selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya berhubung hukuman itu.

Menurut Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), kedudukan Tian Chua sepatutnya dilucutkan kerana Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan setiap Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Pandikar mengakui telah menerima surat daripada Ibrahim dan juga surat daripada peguam Tian Chua bagi menjelaskan kedudukan Ahli Parlimen itu berikutan keputusan mahkamah.

Suasana di Parlimen pada sebelah pagi bertukar kecoh apabila Ibrahim membangkitkan status Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Ahli Parlimen yang menimbulkan tanda tanya sehingga hari ini.

Bagaimanapun, Pandikar tidak membenarkan perdebatan diteruskan dan memberitahu sebarang pertanyaan mengenai status Tian Chua sama ada di dalam mahupun luar dewan tidak akan dilayan.

"Kesilapan saya apabila saya mula-mula terima jawatan ini adalah saya memberi kenyataan apabila ditanya mengenai sesuatu isu di luar Dewan. Tetapi saya sedar peranan saya juga seperti seorang hakim, jadi tolong jangan tanya saya di luar kerana saya tidak akan buat kenyataan.

"Buat masa ini, saya sedang mengkajinya. Saya telah baca apa yang dikatakan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan juga keputusan Mahkamah Rayuan. Parlimen secara rasmi telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan pandangannya. Insya-Allah saya akan keluarkan kenyataan minggu depan," katanya.

Pada 23 Mei lalu, sabitan dan denda RM2,000 atau penjara dua bulan terhadap Tian Chua kerana mencederakan seorang anggota polis hampir empat tahun lalu, kekal selepas rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan hari ini atas alasan teknikal.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Ghazali Cha ketika mengumumkan hukuman ke atas wakil rakyat parti pembangkang itu menyatakan, ia dibuat atas pertimbangan bagi mengelakkan satu lagi pilihan raya kecil.

Tian Chua mendapat kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Jun tahun lalu itu yang mengekalkan sabitan dan meminda hukuman ke atasnya daripada RM3,000 dan penjara enam bulan kepada denda RM2,000 atau penjara dua bulan.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser