PTPTN Hanya Terima Bayaran Balik Daripada 49 Peratus Peminjam - Semasa | mStar

PTPTN Hanya Terima Bayaran Balik Daripada 49 Peratus Peminjam

SUNGAI PETANI: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya menerima bayaran balik pinjaman sebanyak RM2.45 bilion iaitu daripada 48.56 peratus peminjam.

Ahli Lembaga Pengarahnya Datuk Tajul Urus Md Zain berkata PTPN sepatutnya menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar yang telah tamat belajar.

"Setakat ini kita berjaya dapatkan balik bayaran sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja dan sepatutnya kita perlu dapat pulangan berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar-pelajar yang telah tamat belajar," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di sini, Selasa.

Menurutnya PTPTN mengeluarkan pinjaman berjumlah RM25.3 bilion bagi tempoh 1997 hingga 30 April tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar yang telah tamat belajar dan bekerja supaya membayar balik bayaran pinjaman mereka kepada PTPTN bagi memudahkan urusan perbadanan untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain.

Tajul juga berkata pihak PTPTN akan melayan sepenuhnya permohonan yang dibuat untuk mendapatkan sambungan pinjaman sekiranya pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0.

Sebelum ini, beliau dilapor berkata PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain