suria

Persidangan Dewan Rakyat Dilanjut Dua Hari

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang sepatutnya tamat pada 28 Jun ini dilanjutkan dua hari lagi memandangkan masih ada urusan yang belum selesai.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memaklumkan kepada Parlimen agar persidangan itu ditambah dua hari lagi.

"Ini perlu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan-urusan kerja yang lain diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) peraturan Dewan Rakyat," katanya sebelum memulakan sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Persidangan itu bermula 13 Jun lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain