suria

Perhilitan Serbu Zoo Saleng

KULAIJAYA: Dalam satu operasi yang tidak pernah berlaku dahulu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor pada Isnin merampas lebih 40 ekor haiwan pelbagai spesies yang dilindungi di Zoo Saleng di sini, selepas permit khas pemilikan zoo tersebut tidak diperbaharui.

Zoo tersebut diletak dalam pemerhatian Perhilitan selepas Starprobe mendedahkan tempat kurungan lebih 40 ekor haiwan pelbagai spesies yang tidak terurus.

Timbalan Ketua Pengarah Perhilitan, Dr Zaaba Zainal Abidin mengetuai serbuan itu dengan kira-kira 80 pegawai yang dilengkapi senjata penenang, pemotong besi dan penunu bagas.

Operasi tersebut bermula pada pukul 10 pagi dan dijangka memerlukan tempoh masa seminggu untuk mengeluarkan kira-kira 60 haiwan tersebut.

Beliau berkata,kesemua haiwan yang dirampas akan ditempatkan di Pusat Penyelamat Haiwan di Zoo Melaka dan Paya Indah Wetlands.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain