suria

Mati Ditetak Empat Lelaki Bersenjatakan Parang

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 35 tahun mati dipercayai akibat ditetak berkali-kali dengan menggunakan parang di hadapan rumahnya di Lorong Rumbia di Sungai Nibong di sini awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Polis, Gan Kong Meng berkata Choong Chor Nim dijumpai dengan kesan tetakan pada bahagian kepala sehingga terkeluar otak, selain di bahagian pangkal tangan kanan, bahu kanan, perut kanan, lutut kiri dan kanan, telinga serta pipi. Beliau berkata mangsa disahkan mati di tempat kejadian pada pukul 2.45 pagi Selasa.

"Ketika kejadian, mangsa bersama rakannya dipercayai baru sampai di hadapan rumahnya menaiki sebuah kereta dan didatangi empat lelaki bersenjatakan parang yang terus menetaknya berulang kali sebelum melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Gan berkata polis masih menyiasat motif pembunuhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain