suria

Kelindan Terbunuh, Pemandu Parah Dalam Kemalangan

IPOH: Seorang kelindan lori terbunuh manakala pemandunya cedera parah apabila lori yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km 320.4 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Roslan Bek Ahmad berkata dalam kemalangan pada 6.40 pagi tadi, Roslan Sitan, 36, dari Kampung Gajah, mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu lori, Azman Mohd Dani, 46, dari Klang, cedera parah di kaki dan dirawat ke hospital Tapah.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki Orang Asli, Bah Hat a/l Bah Chap, 61, dari Tapah Road, terbunuh selepas motosikal yang ditunggangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Km 2 Jalan Tapah-Cameron Highlands malam Isnin. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain